Sunday, May 27, 2012

Bong to the OK

Oh kau bongok.
BONGOK

BONGOK

BONGOK

=oo=

Saturday, May 26, 2012

MSRK.

Setelah dikecewain.
Setelah cinta yang tak pernah disambut.
Aku telah memberanikan diri membuka pintu hati untuk orang lain.
Walaupun dia tak balas dengan perasaan yang sama,
aku gembira aku dapat meluahkan.
He's my unexpected crush, Mr. MSRK.
KAHKAH.
Bye.

Tuesday, May 22, 2012

Tak payah nak renungkan sangat lah

Salam.

Minggu ini ada 2 presentations.
Tapi jari jemari masih rancak menari di atas papan kekunci mencurahkan kata-kata rawak yang lahir daripada hati. 
Hamboi kelas kau nyah.

Aku selalu merenung nasib.
Kenapa orang itu terlalu tegar meremukkan hatiku yang kudus mencintai beliau itu. Dulu lah. Bukan sekarang.
Bukan niat untuk mengungkit cerita yang tidak berbaloi untuk dikenangkan.
Tapi..
Dalam kita mempersoalkan takdir dan jodoh,
pernahkah kita terfikir, oh mungkin kita layak mendapat cinta yang salah itu.

Contoh mutlak,
bila aku dengar lagu Sudah Cukup Sudah oleh Nirwana Band,
aku terfikir, "Oh lagu aku. Sesuai ditujukan untuk sang mantan kekasih"
Tapi betulkah ianya HANYA untuk sang mantan?
Setelah berfikir sejenak,
"Eh.. Lagu ini juga ditujukan untuk aku."
 Dalam menyalahkan si dia kerana menghancurkan hati kau, kau tidak sedar kau juga pernah menghancurkan
hati si beliau yang pernah mencurahkan sepenuh rasa untuk kau.

Walaupun dia kuat cemburu, itu hanya tanda dia cinta.
Walaupun dia tidak percayakan kau, dan mempercayai kata-kata fitnah nenek kebayan lebih daripada kau,
dia juga yang pernah menyeka airmata kau suatu masa dahulu.
Tapi hati kau keras!
Kau enggan memberi peluang ketiga untuk dia.
Kau tinggalkan dia tanpa kata.
Apa salah beliau.
Dia memang salah pun. Huh?

Bukan untuk menagih kembali.
Tidak sama sekali.
Pisang tidak akan biarkan berbuah 2 kali.
Hanya untuk memohon ampun dan maaf kerana pernah menyakiti.
Kerana dulu hati terlalu ego untuk berkata seperti ini.

Minggu ini ada 2 presentations.
Tapi ajal itu bila-bila masa boleh datang menjemput.
Jadi, pohonlah keampunan kepada hati yang pernah kau sakiti.
A.H, minta maaf, raya datang rumah, makan kuih.


Huh?

Saturday, May 19, 2012

Apa Kata Hati


I don't own anything.


Salam.
Tiba-tiba rasa terpanggil kembali untuk menulis.
Ada yang merindui tak? 
Saya pun rindu anda semua aww aww aww

Beberapa minggu yang lalu, seorang hamba ALLAH yakni my ex-boipreng,
text me and ajak keluar.
If.. andai.. jika..
Perkara itu berlaku setahun yang lepas,
mungkin aku sudah melompat kegembiraan.
Tapi..
U know what? I was just like, "Hm. Ok...?"
Kami sudah berpisah almost 2 years.
Konflik itu tidak perlu aku ceritakan sebab aku sudah melupakan.
Point aku kat sini lain.
So let me tell you what and how this mean a lot to me.

Semasa kami bercinta(Geli perkataan ni nyah!),
aku adalah insan yang paling bodoh dalam dunia.
Aku setia nak mampus.
Aku percayakan dia nak mampus.
Aku sanggup berubah semata-mata untuk senangkan hati dia.
Aku sanggup tak tidur tunggu beliau free dan duduk depan laptop sampai pagi.
Macam seorang isteri.
Tapi more to bodoh.
Dulu aku yakin dia boleh jadi suami aku.
Tapi ternyata, beliau hanyalah another Aidil Zafuan aww aww awww

Jadi semasa dia tinggalkan aku dan hina aku serendah-rendah penghinaan seorang wanita(over tau ayat mak!)
aku sangat sedih.
Gila tak sedih.
Tapi ajaibnya..
Aku hanya perlukan sekali sesi menangis di dalam bilik air and then I was fine.
Masa menangis di dalam bilik air ala2 cerita Ada apa dengan Cinta,
aku renung diri dalam2.
Layak tak dia membuat aku menangis?
Dia Aaron Aziz ka?
Dia Johnny Depp ka? Orlando Bloom ka?
Masalahnya dia langsung tak hensem HAHAHAHAHA!
Tapi sebab cinta(YUCKS!) aku terima setiap kelemahan beliau dengan harapan beliau akan terima kelemahan aku.

5 hari kemudian..
Dia add aku balik kat facebook.
Sebagai insan yang paling baik kat dunia ni..
Aku approve.
Dia meminta maaf.
Ok aku maafkan.
Tapi jujur, aku memang maafkan sebab aku ingin melupakan.
Apa salahnya jadi kawan kan?

Dalam tempoh 2 tahun, dia cuba bermesra dengan aku.
Tapi aku yakin bukan sebab cinta, tapi sebab dia rasa bersalah.
Dan beberapa kali dia cuba tanya, "Aku masih anggap dia sebagai kekasih kah?"
(Ko ingat ko tu hensem sangat?)

Tapi aku tak pasti.
Setahun yang lepas, perasaan itu masih ada.
Setelah 2 3 kali bermain tarik tali,
suatu malam yang hening ewahhhh
aku yakin dengan hati aku,
bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk memberi cinta (EWWW)

Jadi aku cuba keraskan hati. Tawarkan hati.
Sehingga tanggal setahun kami berpisah tahun lepas,
bila dia SMS, aku sudah tidak teruja.
Panggilan dibiarkan tanpa berjawab.
Aku katakan aku tiada kredit padahal hati tiada mood untuk melayan karenah budak kecilnya.

Dan tadi,
beliau call lagi setelah beberapa panggilan aku biarkan.
Aku jawab.
"Dia tanya, so.. nak keluar tak? Free tak esok?"

Aku: "Armmm. Tak tau la" <--tengah carik idea nak tolak selembut-lembutnya.
Tapi aku bukan pentipu yang tegar.
Aku tak boleh.
Jadi mungkin kerana obvious,
beliau berkata,
"Armm takpe lah Pijah. Lain kali lah. Mungkin takde lain kali tu. Jumpa kau masa grad."

Hamboii banyak cantik kau kan.. ehh.. control Pijah control..

Ape dia ni macam paksa-paksa lepas tu macam mengugut pun ada.
Bajet aku nak sangat keluar dengan dia la tu.
I'm not the same woman you've dumped before.

"Ok. Apa apa lah," aku berkata.

Dan dia mempamitkan diri beliau.

Lepas tu, aku baru nak tarik nafas lega dan berkata pada diri, "So this is how it's end."

Tiba-tiba..
Dia SMS.
Dia cakap, dia minta maaf banyak2 sebab banyak sakitkan hati aku.
Tapi paling menyakitkan hati dia cakap, dia tak pasti sama ada dia sayang ataupun KASIHANkan aku.
I mean.. COME ON MAN? GREW UP BOLEH?
Ayat budak2 boleh la macam tu.
Aku pengemis ke perluakan rasa kasihan tu?
Sejujurnya aku dah lama tak ada perasaan langsung kat dia.
So dafuq dia cakap camtu kan bajet dia tu satu-satunya kumbang kat dunia ni.
Kumbang makan taik boleh lah.
EH sabar pijah.
Kau baik kan Pijah.
Oh dia selalu cakap aku baik sebab aku pemaaf.
Well kalau dia tau erti memaafkan(which I didn't think he does)
Cukuplah minta maaf sekali dan jika orang tu dah maafkan, just get lost and move on.
Meminta maaf kali kedua dan ketiga hanya menambah kesakitan hati, faham?

Oh dan Mak aku suka sangat kat dia.
Tapi jangan risau Mak,
dia lah satu-satunya lelaki yang tidak lagi layak dapat apa pun daripada anak Mak yang hot ni aww aww awww
Aku akan bawak pulang lelaki yang way better and deserve me more.

Jadi berbalik kepada point penting aku,
jika kau rasa tak pasti dan ragu-ragu,
jadi dia bukanlah untuk kau.
Bila kau sayangkan seseorang, hati kau akan yakin dan berkata," He's the one" even he's not.
Hey kita hidup hanya sekali dalam dunia.
So tak salah jatuh cinta banyak2.
Jatuh cinta tak bermaksud perlu bercinta aite?

Dan yang paling penting,
Jangan bagi peluang kat lelaki lebih daripada 3 kali.
Sebab peluang keempat tu bermaksud dia hanya mempermainkan kau.
Dia tak menghargai hati kau.

I don't own anything.


And girls..
Lelaki adalah species yang terancam.
If you have someone in mind now,
and you think you like him, tell him about your feeling.
Aku berani katakan sebab aku dah lakukan.
Tapi seperti mana yang aku katakan,
suka.. tak bermaksud perlu bercinta kan.
Tapi at least beranikan diri luahkan.
Kot kot nasib kau baik, dia suka kau balik.
Dan kot kot dia adalah jodoh yang ALLAH tulis untuk kau.
Pemilik rusuk kiri kau?

Assalam.

I don't own anything.

Friday, May 11, 2012

Nota dari Hati

*lagu Lonely-Akon yang sedang berkumandang kena pada cerita*

Kawan-kawan.
Ini bukanlah nota bunuh diri.
Aku bukan bodoh.
Aku punya iman.
Aku hanya terasa ingin meluahkan.
Kerana tiada tempat lain dapat aku meluahkan rasa ni.
Sahabat baik aku sedang bahagia jauh dari mata.
Mungkin kata2 hati aku hanya akan mengganggu hari2 indahnya.

Tapi jiwa aku kosong.
Sentiasa kosong.
Aku menangis keseorangan.
Tiada bahu untuk aku basahkan dengan airmataku.
Tiada juga tangan yang datang menyeka.
Sejak kecil, aku kurang kawan.
Aku berusaha menjadi terbaik untuk mereka.
Biarlah mereka kata aku hipokrit.
Agar hati tidak terus sunyi.

Aku ceriakan hari2 mereka dengan gelak ketawaku.
Agar tiada siapa terkesan tangisan di sebalik itu.
Kalian pernah bertanya, mengapa sikapku sering berubah ubah.
Lihat dulu diri kalian.
Bagaimana diri aku sering dilayani?

Dulu aku selalu tertanya.
Mengapa Anjang(Pak Cik) aku yang dulunya insan paling ceria dalam keluarga..
Dan punya kerjaya yang paling boleh dibanggakan kami ketika itu,
ketika ini hidupnya musnah.
Tiada isteri untuk menguruskan hidupnya, dan dia mula mencari sesuatu di sebalik kesunyian itu.
Aku pasti kalian tahu apa yang maksudkan.
Benda mengkhayalkan yang menjanjikan kebahagian sementara.
Lambat laun aku mula paham.
Hidupnya sunyi.
Dirinya terlalu lama menunggu.

Aku takut.
Takut hidupku berakhir seperti itu.
Aku insan biasa.
Aku juga ingin seorang lelaki yang mampu mencintai aku hingga akhir hayat kami.
Aku ingin suami, anak2, kebahagiaan.
Jadi jangan persoalkan kenapa aku merancang,
" Hujung tahun ni aku taknak single dah. Hujung tahun depan dah boleh tunang. Hujung tahun 2 tahun lagi dah boleh nikah!"
Sebab aku terlalu takut.
Takut keseorangan.

Kawan.
Aku tau kau bahagia.
Tapi benarkah tiada masa walau sesaat untuk bertanya khabar.
Biar seperti masa dahulu.

Cinta matahari terbit.
Maaf tak mampu menunggu.
Tapi aku tau kau juga tidak mampu.

Bakal imamku.
Walau siapa pun kamu.
Aku janji, aku akan jadi terbaik untukmu.
Andai ALLAH tuliskan kamu untuk aku, aku doakan hati kita sentiasa bertaut.
Amin.

Thursday, May 10, 2012

Taik

Salam Cinta.
Aku harap kau paham.
Aku dah lama berputus asa.
Maafkan aku sebab aku tak mampu tunggu.
Andai kau bagi jawapan pasti,
pasti aku curahkan kesetiaan untuk kau.
Tapi aku hanya perempuan.
Aku takkan ada selamanya untuk kau.
Ya kau kumbang.
Tapi aku bunga juga punya ego.
Aku ingin kau tahu.
Kini aku masih tiada punya siapa.
Tapi aku mencari.
Aku tidak lagi menunggu kau.
Ada jodoh, adalah.
Sekian assalam.

Friday, March 30, 2012

This is (might be) important.

Bosan dah menulis.
Tiada karya dari jiwa.
Bye bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...